Perkara Asas Badminton

3) Jenis dan cara pukulan servis

    Pukulan servis terdapat beberapa syarat, iaitu pemain yang membuat servis dan pemain yang menerima servis tidak dibenarkan memijak garisan pada petak gelanggang. Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan servis dilakukan apabila pemain sudah bersedia. Oleh itu, pukulan servis perlu dilakukan dengan teknik yang tepat. Hal ini kerana servis yang baik akan menyukarkan pihak lawan untuk menerima servis tersebut. 

Terdapat 3 jenis pukulan servis iaitu:

  • Servis rendah
  • Servis tinggi
  • Servis flik
Servis rendah
    Servis rendah sering digunakan dalam permainan bergu. Pergerakan bulu tangkis yang rendah dan hampir terkena jaring dapat menyukarkan pihak lawan untuk membalas servis tersebut dengan serangan.

Cara-cara:
  1. Berdiri di bahagian hadapan dalam petak servis.
  2. Pegang raket dengan pegangan hadapan raket.
  3. Kedudukan bulu tangkis di hadapan badan dan tidak melebihi paras pinggang serta berada dalam keadaan yang rendah.
  4. Pukul dengan ayunan ringan.



Servis tinggi
    Servis tinggi ini sering digunakan dalam permainan perseorangan. Pergerakan bulu tangkis yang tinggi dan menghampiri garisan belakang gelanggang akan menyukarkan pihak lawan untuk membuat pukulan smash.

Cara-cara:
  1. Berdiri di bahagian tengah dalam petak servis.
  2. Pegang raket dengan pegangan belakang atau separuh raket.
  3. Pegang bulu tangkis pada bahagian belakang.
  4. Melepaskan bulu tangkis secara serentak dengan ayunan dari bawah ke atas.




Servis flik
    Servis ini jarang digunakan dalam permainan badminton. Akan tetapi jika ia dapat dilakukan dengan teknik yang betul, pihak lawan akan terpedaya dengan servis ini. Hal ini kerana servis ini dapat mengelirukan pihak lawan. Ia disebabkan oleh pihak lawan akan menganggap pemain untuk membuat servis rendah. Hal ini kerana gayanya yang seakan-akan sama, akan tetapi servis flik akan menyebabkan bulu tangkis bergerak ke bahagian belakang petak gelanggang pihak lawan.

Cara-cara:
  1. Berdiri di dalam petak servis
  2. Pegang raket dengan pegangan hadapan raket seakan servis rendah.
  3. Kedudukan bulu tangkis di hadapan badan dan tidak melebihi paras pinggang serta berada dalam keadaan yang rendah.
  4. Pukul dengan ayunan kuat supaya bulu tangkis dapat menghampiri bahagian belakang petak gelanggang.

Comments

Popular posts from this blog

Tali Raket Badminton

Latihan Memanaskan Badan - Badminton