Tali Raket Badminton

Tali raket badminton untuk jenama Yonex terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

  1. Durability
  2. Repulsion Power
  3. Control
1. Durability

Untuk tali raket kategori durability adalah untuk ketahanan yang lama. Hal ini kerana tali ini mempunyai saiz ketebalan yang tebal. Tali raket ini hanya mempunyai kelebihan untuk ketahanan sahaja, akan tetapi dari segi untuk mengawal dan memberikan kekuatan untuk memukul bulu tangkis adalah kekurangan tali tersebut. Terdapat 3 jenis tali untuk kategori durability ini iaitu:


1. Hard feeling
  • BG 65 Titanium - Tali ini mempunyai saiz ketebalan 0.70 mm dan kebanyakkan digunakan oleh pemain profesional.

2. Medium feeling
  • Nanogy 95 - Tali ini mempunyai saiz ketebalan 0.69 mm.
3. Soft feeling
  • BG 65 - Tali ini mempunyai saiz ketebalan 0.70 mm dan sesuai digunakan untuk pemain beginner.
2. Repulsion Power

Untuk tali raket kategori repulsion power adalah untuk lantunan yang kuat. Hal ini kerana tali ini mempunyai saiz ketebalan yang nipis. Tali raket ini mempunyai kelebihan untuk memberi impak yang kuat apabila memukul bulu tangkis. Terdapat 2 jenis tali untuk kategori repulsion power ini iaitu:

1. Hard feeling
  • BG 80 - Tali ini mempunyai saiz ketebalan 0.68 mm dan luaran tali ini lebih kasar berbanding BG 80 Power. 
  • BG 80 Power - Tali ini mempunyai saiz ketebalan 0.68 mm dan ia sesuai digunakan untuk pemain hard-hitter.
2. Medium feeling
  • BG 66 - Tali ini mempunyai saiz ketebalan 0.66 mm dan sangat popular di Malaysia kerana kebanyakkan pemain badminton sering menggunakan tali ini.
  • BG 66 Ultimax - Tali ini mempunyai saiz ketebalan 0.65 mm dan digunakan oleh pemain profesional.
  • Nanogy 98 - Tali ini mempunyai saiz ketebalan 0.66 mm dan mempunyai lapisan nano carbon di luarannya. Oleh itu, ia menjadikan tali ini lebih tahan dan lebih kuat.
  • BG 66 Force - Tali ini mempunyai saiz ketebalan 0.65 mm dan ia membantu menghasilkan pukulan smash yang kuat.
  • BG Aerosonic - Tali ini mempunyai saiz ketebalan 0.61 mm dan ia memberikan ayunan yang kuat.
3. Control

Untuk tali raket kategori control pula adalah untuk mengawal bulu tangkis. Terdapat 2 jenis tali untuk kategori control ini iaitu:


1. Hard feeling
  • Aerobite Boost - Tali ini menggabungkan 2 saiz ketebalan. Untuk tali di bahagian menegak mempunyai ketebalan 0.70 mm dan melintang pula 0.61 mm. Oleh itu, ia mampu meningkatkan kelajuan dan memutarkan bulu tangkis.
2. Medium feeling
  • Nanogy 99 - Tali ini mempunyai saiz ketebalan 0.69 mm dan sesuai digunakan untuk pemain yang mempunyai teknikal dan kawalan dalam permainan.
  • Aerobite - Tali ini juga menggabungkan 2 saiz ketebalan. Untuk tali di bahagian menegak mempunyai ketebalan 0.67 mm dan melintang pula 0.61 mm. Oleh itu, ia memberikan daya tolakan yang cepat dan putaran bola yang tinggi.



Comments

Popular posts from this blog

Perkara Asas Badminton

Latihan Memanaskan Badan - Badminton