Permulaan Menceburi Badminton

 Badminton adalah hobi saya.

    Badminton merupakan salah satu hobi saya. Saya mula menonton perlawanan badminton sejak dari darjah 5 iaitu semasa Sukan Olimpik Musim Panas 2012 yang diadakan di London. Saya amat kagum pada waktu itu kerana Datuk Lee Chong Wei yang mewakili Malaysia, merupakan pemain dunia di mana menyaksikan beliau bersemuka dengan Lin Dan iaitu pemain dari China. Perlawanan tersebut amat sengit dan kebanyakkan rakyat Malaysia menonton dan menyokong beliau dalam perlawanan itu. Ia merupakan perlawanan yang bersejarah dalam sukan badminton kerana menyaksikan dua lagenda badminton ini bertanding adalah suatu yang amat dinanti-nantikan oleh semua peminat badminton di dunia.

    Akan tetapi dalam perlawanan akhir tersebut, Datuk Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan setelah bermain 3 set. Dimana set 1 dimenangi oleh beliau, tetapi Lin Dan berjaya melanjutkan perlawanan ke set 3. Di set 3 tersebut beliau ditewaskan oleh Lin Dan dengan mata 21-19. Set tersebut merupakan amat sengit sehingga penonton terpaku melihat permainan mereka berlawan antara satu sama lain. Tetapi pencapaian beliau telah membanggakan seluruh rakyat Malaysia dengan aksi beliau di dalam perlawanan akhir itu. Beliau berjaya mengumpul pingat perak untuk Malaysia di dalam Sukan Olimpik itu.

credit: https://en.wikipedia.org/wiki/Lee_Chong_Wei

 




    Sejak daripada itu saya mula meminati sukan badminton dan ingin belajar dengan lebih mendalam mengenainya. Pada awalnya saya tidak mempunyai raket akan tetapi saya cuba mengumpul duit belanja harian ke sekolah untuk membelinya. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat membeli raket pertama pada darjah 6 yang berhaga RM25 dan masih lagi mempunyai raket tersebut hingga kini. 



    Saya mula belajar untuk memukul dan bermain di depan rumah sahaja bersama abang saya untuk mengasah bakat. Saya sering menonton pelbagai perlawanan badminton sehingga kini untuk menambah ilmu dalam sukan ini. Hasil daripada itu saya mendapat ilham dengan menjadikan Datuk Lee Chong Wei sebagai idola saya. 

Comments

Popular posts from this blog

Tali Raket Badminton

Perkara Asas Badminton

Latihan Memanaskan Badan - Badminton