"Review"
"Review" badminton raket.
Okay harini saya nak "review", tentang raket Yonex Astrox 88S dan Yonex Astrox 88D. Raket tersebut digunakan oleh pemain no 1 dunia ketika ini iaitu Kevin Sanjaya Sukamuljo dan Marcus Fernaldi Gideon, merupakan pasangan bergu lelaki yang berasal dari negara Indonesia. Mereka telah mencapai pelbagai kemenangan dalam BWF Superseries dengan menggunakan raket ini. Kedua-dua raket ini diperbuat dari negara Japan. Tetapi raket ini kedua-duanya mempunyai perbezaan.
Yonex Astrox 88S ini digunakan oleh Kevin Sanjaya Sukamuljo. Raket ini mempunyai flex point di seluruh bingkai raket tersebut. Hal ini menjadikan raket ini sesuai digunakan oleh pemain yang mempunyai permainan yang menggunakan skill dan control di depan net. Disebabkan itu Kevin menggunakan raket ini, kerana beliau sering bermain di depan net dan mempunyai control yang baik di hadapan gelanggang dengan teknik yang digunakan semasa permainan. Selain itu, perbezaan adalah dari segi kepanjangan raket pula, raket ini 5mm lebih panjang daripada raket biasa.
Yonex Astrox 88D
Yonex Astrox 88D ini digunakan oleh Marcus Fernaldi Gideon. Raket ini mempunyai flex point di separuh bingkai raket sahaja. Hal ini menjadikan raket ini sesuai digunakan oleh pemain yang ingin mengawal permainan dari belakang gelanggang, kerana ia mampu memberikan tindak balas smash yang kuat. Disebabkan itu Gideon menggunakan raket ini, kerana beliau sering bermain di bahagian belakang dan agresif dengan smash semasa permainan. Di samping itu, perbezaan dari segi kepanjangan pula, raket ini mempunyai 10mm lebih panjang daripada raket biasa.
Comments
Post a Comment