Pengalaman

Pengalaman semasa matrikulasi

    Hari Usahawan Muda (HARUM) adalah hari terbuka untuk Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). Ia merupakan projek semua kelas dalam jurusan perakaunan untuk kerja kursus perniagaan. Setiap kelas perlu membuka gerai dan menjual produk atau makanan pada hari tersebut. Saya merupakan salah seorang pelajar dari kelas A3P4. Pada mulanya kami sekelas tidak mempunyai banyak idea untuk berniaga. Akan tetapi kami mempunyai pensyarah yang banyak membantu dalam memberi idea dan menyumbang untuk projek ini. Selepas seminggu berbincang akhirnya kami membuat keputusan untuk menjual makanan. Makanan yang dijual di kedai kami ialah satay, chicken chop, maggi goreng, dan juga pelbagai jenis minuman.

    Pada malam sebelum HARUM kami menghias gerai dengan menggunakan belon, kain dan juga poster supaya nampak menyerlah dan dapat menarik pelanggan. Pada keesokan hari agak memenatkan dan kurang teratur. Hal ini kerana kami tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk menyediakan gerai. Akan tetapi kami berjaya menjual makanan dan minuman dengan laku. Malah saya juga dapat menambah pengalaman baru kerana saya dapat belajar membakar satay. Pada hari terakhir program itu, alhamdulillah kelas kami berjaya mendapat untung yang banyak kerana kami dapat menghabiskan semua jualan. HARUM memberi saya sebuah kenangan yang indah dan erti kerjasama ketika di matrikulasi.




Comments

Popular posts from this blog

Tali Raket Badminton

Perkara Asas Badminton

Latihan Memanaskan Badan - Badminton