Perkara Asas Badminton
2) Teknik pegangan raket
Teknik pegangan raket mempunyai 2 jenis iaitu pegangan forehand dan pegangan backhand. Jenis pegangan ini penting kerana ia digunakan ketika membuat pelbagai pukulan. Maka teknik pegangan raket yang betul akan membantu anda dalam membuat pukulan.
- Pegangan forehand
- Menggenggam bahagian pegangan raket dengan relaks.
- Gunakan jari memegang bahagian yang rata pada sisi pegangan raket.
- Selarikan pegangan tersebut dengan bentuk V diantara ibu jari dan jari telunjuk.
- Maka jari yang lain akan memberikan kekuatan pada pergelangan tangan dan akan menghasilkan pukulan yang baik.
credit: youtube https://youtu.be/iKA694LxCKw
- Pegangan backhand
- Meletakkan ibu jari ke bahagian yang rata pada pegangan raket.
- Mengalihkan pegangan bentuk V di forehand ke dalam sedikit.
credit: youtube https://youtu.be/sjteV_Z-HWU
Comments
Post a Comment