Perkara Asas Badminton

Perkara asas dalam badminton

Dalam sukan badminton terdapat beberapa perkara yang penting, terutama sekali kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang ini. Antara perkara asas yang anda perlu tahu tentang permainan badminton ialah:
  1. Peraturan dan undang-undang.
  2. Teknik pegangan raket.
  3. Jenis dan cara pukulan servis.
  4. Jenis pukulan
1) Peraturan dan undang-undang
  • Perkara asas    
    Pertama sekali sekiranya anda ingin bermain badminton, anda perlu mempunyai court, raket dan bulu tangkis. Acara dalam permainan badminton terbahagi kepada 2 iaitu acara perseorangan dan bergu. Acara perseorangan adalah perseorangan lelaki dan wanita. Manakala acara bergu pula ialah bergu lelaki dan wanita serta bergu campuran.
  • Cara-cara memulakan permainan
    Sebelum memulakan permainan juri akan membuat keputusan dengan menggunakan duit syiling supaya para pemain boleh membuat undian. Pemenang undian tersebut dibenarkan untuk memilih sama ada ingin memulakan servis, menerima servis atau memilih petak gelanggang. Manakala pihak yang kalah undian tersebut, akan menerima pilihan yang berikutnya.
  • Sistem pengiraan mata
    Sistem pengiraan mata dalam permainan kebiasaannya ialah 21 mata dalam satu set permainan. Perbezaan 2 mata akhir diperlukan untuk menang. Jika tidak permainan akan diteruskan sehingga ke mata 29-29, maka pemain pertama yang mencapai mata ke 30 akan dikira sebagai pemenang. Selain itu, jika pemain mendapat mata yang genap, pemain perlu melakukan servis dari petak kanan gelanggang ke petak kiri gelanggang pihak lawan dan sebaliknya.
  • Larangan pemain    
    Pemain dilarang untuk melambat-lambatkan permainan, berkelakuan kasar, merosakkan bulu tangkis, memijak garis semasa membuat servis dan menyetuhi jaring ketika permainan atau semasa membuat pukulan.
  • Batal sekiranya
    Mata dibatalkan sekiranya pemain menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau pakaian. Mata juga akan dibatalkan sekiranya raket melepasi jaring semasa membuat pukulan.


Comments

Popular posts from this blog

Tali Raket Badminton

Perkara Asas Badminton

Latihan Memanaskan Badan - Badminton