Perkara Asas Badminton
4) Jenis Pukulan
Terdapat 3 jenis pukulan asas dalam permainan badminton yang perlu anda tahu:
- Pukulan Lob/Clear
- Pukulan Smash
- Pukulan Drive
1. Pukulan Lob/Clear
Pukulan Lob sering digunakan untuk menyukarkan pihak lawan melakukan serangan. Hal ini kerana pukulan ini menyebabkan bulu tangkis dipukul ke atas sehingga ke kawasan belakang court. Oleh yang demikian pukulan ini dapat memberi masa dan kesempatan untuk pemain kembali kepada posisi yang sudah bersedia.
Cara-cara:
- Pegang raket dalam keadaan forehand.
- Siku mestilah dalam keadaan yang fleksibel.
- Ayunkan raket ke atas dari belakang kepala ke hadapan dengan pukulan yang kuat.
2. Pukulan Smash
Pukulan Smash digunakan untuk melakukan serangan kepada pihak lawan. Pukulan ini akan menyebabkan bulu tangkis dipukul dengan deras dalam keadaan menjunam.
Cara-cara:
- Pegang raket dalam keadaan forehand.
- Siku mestilah dalam keadaan yang fleksibel.
- Ayunkan raket ke bawah dari belakang kepala ke hadapan dengan pukulan yang kuat.
3. Pukulan Drive
Pukulan Drive sering digunakan dalam acara bergu. Hal ini kerana pukulan ini akan menyebabkan bulu tangkis dipukul separas dengan ketinggian net. Jadi, pihak lawan tidak boleh melakukan serangan.
Cara-cara:
- Berada dalam keadaan sedia di tengah court.
- Raket dipegang di bahagian hadapan pegangan.
- Pukul bulu tangkis dengan menggunakan pergelangan tangan dengan ayunan mendatar.
Comments
Post a Comment