Posts

Pemain Profesional Badminton

Image
     Marcus Fenaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo merupakan salah satu pemain bergu yang saya jadikan idola di antara pemain profesional yang lain. Hal ini kerana pencapaian mereka sangat luar biasa. Kevin Sanjaya merupakan pemain yang berasal dari Indonesia dan berumur 25 tahun. Beliau merupakan pemain bergu lelaki no 1 di dunia buat masa kini. Beliau telah memenangi All England Open Super Series Premier pada tahun 2017 bersama pasangannya iaitu Marcus Fenaldi Gideon. Manakala Marcus Fenaldi Gideon pula adalah pemain yang berasal dari Indonesia dan berumur 29 tahun. Mereka telah mencapai pelbagai kemenangan dalam BWF Super Series. Antaranya, mereka pernah dinobatkan sebagai BWF Best Male Players of the Year untuk 2 tahun berturut-turut, selepas mengumpul 7 kemenangan dalam Super Series pada tahun 2017 dan 8 kemenangan dalam World Tour pada tahun 2018. Mereka juga digelar sebagai "The Minions" sebab ketinggian dan corak permainan mereka.  https://en.wikipedia.org/wiki/Ma

Latihan Memanaskan Badan - Badminton

Image
 6 latihan memanaskan badan yang penting sebelum bermain badminton: 1.Overhead shoulder stretch      Arahkan siku anda ke atas, dengan tangan anda di belakang kepala anda. Manakala tangan anda yang lain pegang siku anda dan tarik perlahan ke sisi lain sehingga regangan yang baik dapat dirasai. Ulangi untuk kedua-dua belah tangan. https://images.app.goo.gl/6P5CBCA3xdzZgVkm6 2.Posterior shoulder stretch      Pegang lengan anda secara mendatar di bahagian depan badan anda. Manakala tangan anda yang lain, pegang siku anda dan tarik perlahan ke arah dada anda. Ulangi untuk kedua-dua belah tangan. https://images.app.goo.gl/gN1HMFdw1L2n1aps5 3.Forward lunge stretch     Latihan ini akan meregangkan pinggul dan otot hamstring. Dengan badan dan kaki anda menghadap ke depan, letakkan satu kaki ke belakang dan kaki anda yang lain ke hadapan, tangan di paha depan. Tekankan berat badan ke depan dalam keadaan tetap tegak dan pastikan kedua kaki tetap rata di atas lantai. Ulangi di kedua-dua belah kak

Tali Raket Badminton

Image
Tali raket badminton untuk jenama Yonex terbahagi kepada 3 kategori iaitu: Durability Repulsion Power Control 1. Durability Untuk tali raket kategori durability adalah untuk ketahanan yang lama. Hal ini kerana tali ini mempunyai saiz ketebalan yang tebal. Tali raket ini hanya mempunyai kelebihan untuk ketahanan sahaja, akan tetapi dari segi untuk mengawal dan memberikan kekuatan untuk memukul bulu tangkis adalah kekurangan tali tersebut. Terdapat 3 jenis tali untuk kategori durability ini iaitu: 1. Hard feeling BG 65 Titanium - Tali ini mempunyai saiz ketebalan 0.70 mm dan kebanyakkan digunakan oleh pemain profesional. 2. Medium feeling Nanogy 95 - Tali ini mempunyai saiz ketebalan 0.69 mm. 3. Soft feeling BG 65 - Tali ini mempunyai saiz ketebalan 0.70 mm dan sesuai digunakan untuk pemain beginner. 2. Repulsion Power Untuk tali raket kategori repulsion power adalah untuk lantunan yang kuat. Hal ini kerana tali ini mempunyai saiz ketebalan yang nipis. Tali raket ini mempunyai kelebihan

Perkara Asas Badminton

Image
4) Jenis Pukulan Terdapat 3 jenis pukulan asas dalam permainan badminton yang perlu anda tahu: Pukulan Lob/Clear Pukulan Smash Pukulan Drive 1.  Pukulan Lob/Clear      Pukulan Lob sering digunakan untuk menyukarkan pihak lawan melakukan serangan. Hal ini kerana pukulan ini menyebabkan bulu tangkis dipukul ke atas sehingga ke kawasan belakang court . Oleh yang demikian pukulan ini dapat memberi masa dan kesempatan untuk pemain kembali kepada posisi yang sudah bersedia. Cara-cara: Pegang raket dalam keadaan forehand . Siku mestilah dalam keadaan yang fleksibel. Ayunkan raket ke atas dari belakang kepala ke hadapan dengan pukulan yang kuat. 2. Pukulan Smash      Pukulan Smash digunakan untuk melakukan serangan kepada pihak lawan. Pukulan ini akan menyebabkan bulu tangkis dipukul dengan deras dalam keadaan menjunam. Cara-cara: Pegang raket dalam keadaan forehand. Siku mestilah dalam keadaan yang fleksibel. Ayunkan raket ke bawah dari belakang kepala ke hadapan dengan pukulan yang kuat. 3

Perkara Asas Badminton

Image
3) Jenis dan cara pukulan servis      Pukulan servis terdapat beberapa syarat, iaitu pemain yang membuat servis dan pemain yang menerima servis tidak dibenarkan memijak garisan pada petak gelanggang. Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan servis dilakukan apabila pemain sudah bersedia. Oleh itu, pukulan servis perlu dilakukan dengan teknik yang tepat. Hal ini kerana servis yang baik akan menyukarkan pihak lawan untuk menerima servis tersebut.  Terdapat 3 jenis pukulan servis iaitu: Servis rendah Servis tinggi Servis flik Servis rendah     Servis rendah sering digunakan dalam permainan bergu. Pergerakan bulu tangkis yang rendah dan hampir terkena jaring dapat menyukarkan pihak lawan untuk membalas servis tersebut dengan serangan. Cara-cara: Berdiri di bahagian hadapan dalam petak servis. Pegang raket dengan pegangan hadapan raket. Kedudukan bulu tangkis di hadapan badan dan tidak melebihi paras pinggang serta berada dalam keadaan yang rendah. Pukul dengan ayunan ringan.

Perkara Asas Badminton

Image
  2) Teknik pegangan raket Teknik pegangan raket mempunyai 2 jenis iaitu pegangan  forehand  dan pegangan backhand . Jenis pegangan ini penting kerana ia digunakan ketika membuat pelbagai pukulan. Maka teknik pegangan raket yang betul akan membantu anda dalam membuat pukulan. Pegangan forehand Menggenggam bahagian pegangan raket dengan relaks. Gunakan jari memegang bahagian yang rata pada sisi pegangan raket. Selarikan pegangan tersebut dengan bentuk V  diantara ibu jari dan jari telunjuk. Maka jari yang lain akan memberikan kekuatan pada pergelangan tangan dan akan menghasilkan pukulan yang baik. credit: youtube  https://youtu.be/iKA694LxCKw Pegangan backhand Meletakkan ibu jari ke bahagian yang rata pada pegangan raket. Mengalihkan pegangan bentuk V di forehand ke dalam sedikit.  credit: youtube  https://youtu.be/sjteV_Z-HWU

Perkara Asas Badminton

Image
Perkara asas dalam badminton Dalam sukan badminton terdapat beberapa perkara yang penting, terutama sekali kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang ini. Antara perkara asas yang anda perlu tahu tentang permainan badminton ialah: Peraturan dan undang-undang. Teknik pegangan raket. Jenis dan cara pukulan servis. Jenis pukulan 1) Peraturan dan undang-undang Perkara asas           Pertama sekali sekiranya anda ingin bermain badminton, anda perlu mempunyai court, raket dan bulu tangkis. Acara dalam permainan badminton terbahagi kepada 2 iaitu acara perseorangan dan bergu. Acara perseorangan adalah perseorangan lelaki dan wanita. Manakala acara bergu pula ialah bergu lelaki dan wanita serta bergu campuran. Cara-cara memulakan permainan     Sebelum memulakan permainan juri akan membuat keputusan dengan menggunakan duit syiling supaya para pemain boleh membuat undian. Pemenang undian tersebut dibenarkan untuk memilih sama ada ingin memulakan servis, menerima servis atau memilih petak gelang

Pengalaman

Image
Pengalaman semasa matrikulasi     Hari Usahawan Muda (HARUM) adalah hari terbuka untuk Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). Ia merupakan projek semua kelas dalam jurusan perakaunan untuk kerja kursus perniagaan. Setiap kelas perlu membuka gerai dan menjual produk atau makanan pada hari tersebut. Saya merupakan salah seorang pelajar dari kelas A3P4. Pada mulanya kami sekelas tidak mempunyai banyak idea untuk berniaga. Akan tetapi kami mempunyai pensyarah yang banyak membantu dalam memberi idea dan menyumbang untuk projek ini. Selepas seminggu berbincang akhirnya kami membuat keputusan untuk menjual makanan. Makanan yang dijual di kedai kami ialah satay, chicken chop , maggi goreng, dan juga pelbagai jenis minuman.     Pada malam sebelum HARUM kami menghias gerai dengan menggunakan belon, kain dan juga poster supaya nampak menyerlah dan dapat menarik pelanggan. Pada keesokan hari agak memenatkan dan kurang teratur. Hal ini kerana kami tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk meny

"Review"

Image
  " Review" badminton raket.     Okay harini saya nak "review", tentang raket Yonex Astrox 88S dan Yonex Astrox 88D. Raket tersebut digunakan oleh pemain no 1 dunia ketika ini iaitu Kevin Sanjaya Sukamuljo dan Marcus Fernaldi Gideon, merupakan pasangan bergu lelaki yang berasal dari negara Indonesia. Mereka telah mencapai pelbagai kemenangan dalam BWF Superseries dengan menggunakan raket ini. Kedua-dua raket ini diperbuat dari negara Japan. Tetapi raket ini kedua-duanya mempunyai perbezaan. Yonex Astrox 88S credit:  https://images.app.goo.gl/QrJYkto1KbN4c2qs9   credit:  https://images.app.goo.gl/nVydA5m4w7GyJEtC8      Yonex Astrox 88S ini digunakan oleh Kevin Sanjaya Sukamuljo. Raket ini mempunyai flex point di seluruh bingkai raket tersebut. Hal ini menjadikan raket ini sesuai digunakan oleh pemain yang mempunyai permainan yang menggunakan skill dan control di depan net. Disebabkan itu Kevin menggunakan raket ini, kerana beliau sering bermain di depan net dan m

Pencapaian Terkini

Image
Prestasi saya.      Pada tahun 2020, saya berjaya mewakili kolej dalam acara bergu lelaki untuk pertandingan Mini Kejohanan Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) yang diadakan di dalam Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). Alhamdulilllah, saya berjaya mendapat tempat ke-2 selepas ditewaskan oleh jurulatih badminton yang mewakili kumpulan pensyarah dengan mata 30-27. Ia merupakan pengalaman yang hebat kerana pertandingan tersebut diselesaikan dalam satu hari sahaja dari pagi hingga malam.     Pertandingan kedua saya di KMNS adalah Pertandingan Badminton Terbuka yang diadakan oleh kelas lain untuk kokurikulum. Dalam pertandingan tersebut, saya bermain dalam acara bergu lelaki dan berjaya mendapat johan selepas menewaskan lawan dengan mata 21-18 dan 21-15. Perlawanan tersebut sungguh dramatik dan gementar, kerana hampir semua penonton melihat perlawanan tersebut kerana ia merupakan acara akhir. Saya berasa amat bersyukur kerana mendapat sokongan daripada rakan-rakan yang bersorak d

Pencapaian Awal

Image
Prestasi saya.       Saya mula melibatkan diri dalam acara sukan badminton sejak sekolah menengah iaitu semasa tingkatan 3. Pertandingan pertama saya adalah Pertandingan Badminton Peringkat Daerah Port Dickson iaitu apabila saya berjaya melepasi pemilihan badminton untuk mewakili SMK Yam Tuan Radin. Saya bermain untuk acara perseorangan lelaki bawah 15 tahun yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungala, Port Dickson. Ia merupakan pengalaman pertama saya dalam pertandingan badminton, saya berasa gementar dan gemuruh semasa perlawanan tersebut.           Saya berjaya melepasi pusingan pertama dan kedua, akan tetapi apabila tiba di peringkat suku akhir saya ditewaskan oleh pemain johan pertandingan tersebut dengan mata 30-27. Ia amat menyedihkan tetapi pengalaman tersebut amat berharga kerana saya bertanding tanpa seorang penyokong dan jurulatih.      Pertandingan kedua saya pada tahun 2017, adalah pertandingan Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Port Dickson. Saya bermain untuk acara be

Permulaan Menceburi Badminton

Image
  Badminton adalah hobi saya.      Badminton merupakan salah satu hobi saya. Saya mula menonton perlawanan badminton sejak dari darjah 5 iaitu semasa Sukan Olimpik Musim Panas 2012 yang diadakan di London. Saya amat kagum pada waktu itu kerana Datuk Lee Chong Wei yang mewakili Malaysia, merupakan pemain dunia di mana menyaksikan beliau bersemuka dengan Lin Dan iaitu pemain dari China. Perlawanan tersebut amat sengit dan kebanyakkan rakyat Malaysia menonton dan menyokong beliau dalam perlawanan itu. Ia merupakan perlawanan yang bersejarah dalam sukan badminton kerana menyaksikan dua lagenda badminton ini bertanding adalah suatu yang amat dinanti-nantikan oleh semua peminat badminton di dunia.     Akan tetapi dalam perlawanan akhir tersebut, Datuk Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan setelah bermain 3 set. Dimana set 1 dimenangi oleh beliau, tetapi Lin Dan berjaya melanjutkan perlawanan ke set 3. Di set 3 tersebut beliau ditewaskan oleh Lin Dan dengan mata 21-19. Set tersebut merupakan ama